SALAM KOPERASI !!!
Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Bhd (KOBIMBING) telah didaftarkan penubuhannya dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 12 November 1987. KOBIMBING beroperasi di 2-1, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Keanggotaanya terdiri daripada kakitangan dan bekas kakitangan syarikat-syarikat dalam kumpulan BIMB Holdings Berhad. Dalam tempoh 30 tahun penubuhannya, usaha telah digerakkan bagi merancang, menjalankan kajian dan berbincang dengan berbagai pihak bagi mencapai objektif penubuhannya bersesuaian dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.
Sehingga Disember 2017, anggota KOBIMBING adalah seramai 2,612 orang yang terdiri daripada:
Bank Islam Malaysia Berhad , Syarikat Takaful Malaysia Berhad, BIMB Holding, Management, BIMB Securities Bhd, Bersara, Ex BIMB & STMB, BIMB Holdings Bhd, Asean Retakaful, BIFCA .
Kami menjalankan perniagaan:
1. Perkhidmatan Pembiayaan Anggota
2. Ar Rahnu
3. Pelaburan Hartanah
4. Pembangunan Perumahan
5. Tadika
6. Pencucian Pejabat
7. Ejen Takaful
8. Kedai Dobi
9. Kafeteria
Bagi perancangan masa depan KOBIMBING akan terus mencari peluang bagi menambah jumlah pegangan tanah (land bank) untuk aktiviti pembangunan perumahan di masa hadapan.
BANGLO DUA TINGKAT
UNTUK DIJUAL.
MILIKI KEDIAMAN
IMPIAN ANDA SEGERA ! - Profesional, Mudah & Tenang
Taman Sri Candik,
Mukim Machang - Kelantan
# Anda tidak perlu gusar - 100% telah siap dibina.
# Kemudahan pembiayaan disediakan.
# Khidmat guaman profesional.
# Hanya berbaki 5 unit sahaja.
# Rekabentuk moden.
# Dalam Jajahan Machang.
# Berdekatan dengan infrastruktur utama seperti (100m -
500m):
     - Hospital
Daerah Machang    
     - Sek. Men.
Hamzah
     - Sek. Ren.
Jenis. Keb. China Pei Hwa
     - Bank Islam Machang
     - Lot-lot kedai
dan lain-lain kemudahan
# Spesifikasi
Banglo:
- 2 Tingkat
- Keluasan tanah :  
3850kp - 6950kp (berbeza-beza mengikut banglo)
- Keluasan Lantai: 
Jenis A (1998kp)   Jenis B  (2017kp)
- 4 Bilik Tidur
- 4 Bilik Air
- Maklumat lanjut sila rujuk Pelan Lantai (Gambar)
# Harga bermula
RM457k - RM520k (bergantung kepada jenis banglo)
# Untuk sebarang
pertanyaan dan khidmat nasihat, sila hubungi:
En. Yusnizam  016 – 2967 993
En. Mahmood  019 – 2692 075
 
  | 
| 4 Bilik Tidur dan 4 Bilik Air | 
  | 
| Komuniti Berpagar dan Berpengawal | 
  | 
| Rekabentuk Moden | 
  | 
| Halaman yang luas | 
  | 
Sistem perparitan yang bersistematik 
 
 
 
 
 
  |